Ini 3 Industri Yang Berpotensi Terkesan Berikutan Perang Dagang US-China Yang Semakin Tegang!

1,199

Setelah 3 bulan ketegangan perang dagang antara US-China pudar, kini ia mula tegang kembali apabila Presiden Trump mengapi-apikan lagi dengan pengumuman bahawa Amerika Syarikat akan meningkatkan tarif keatas barangan import China sebanyak 10% sehingga 25%.

Kemudian, China pula mengambil keputusan untuk membalas tindakan Amerika dengan meningkatkan tarif terhadap barangan import Amerika Syarikat.

Walaubagaimanpun, Presiden Trump berpendapat hal ini tidak akan membawa kesan yang terlalu buruk malah mereka dapat mengaut lebih banyak hasil cukai. Namun hal ini tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pakar ekonomi kerana hal ini akan meningkatkan perbelanjaan isirumah sehingga US$800 setiap bulan dan mampu mengancam sektor pekerjaan dan ekonomi global.

Para penggiat pasaran juga semakin menyatakan kebimbangan apabila saham US jatuh melebihi 2% pada Isnin lalu.

Perang dagang ini juga akan memberi kesan langsung kepada syarikat-syarikat yang bergantung kepada perdagangan dan operasi antara kedua-dua negara tersebut.

Walaubagaimanapun, ada 3 jenis industri yang berpontesi akan terkesan dengan perang dagang yang semakin tegang ini, iaitu;

1. Industri Syarikat Pembuatan

Syarikat-syarikat yang bergantung kepada pelanggang dari China akan terkesan jika permintaan dari China berkurangan. Hal yang sama juga berlaku bagi syarikat yang bergantung kepada pelanggan Amerika Syarikat.

2. Industri Perbankan

Bank sangat bergantung kepada perubahan sentimen pasaran terhadap ekonomi. Perang dagang akan memberi kesan negatif terhadap pasaran global dan pertumbuhan ekonomi. Hal ini boleh mengurangkan pulangan bank.

3. Industri Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang terdedah kepada China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat