Ini 3 Isu Menjadi Tumpuan Utama Pasaran Pada Hari Selasa!

397

Harga minyak jatuh melebih 5% pada hari Selasa susulan laporan yang dikeluarkan melaporkan bahawa pengeluaran minyak Arab Saudi akan pulih ke paras sedia kala lebih cepat daripada jangkaan.

Minyak mentah Brent pasaran hadapan jatuh sebanyak $3.78/5.48% kepada $65.24 setong. Pada hari Isnin, harga minyak telah meningkat kepada $71.95 setong.

Berdasarkan laporan, pengeluaran minyak negara tersebut akan kembali pulih dalam jangka waktu 2 sehingga 3 minggu. Harga minyak mentah Brent telah meningkat ke paras tertinggi berikutan serangan bersiri ke atas industri minyak Saudi. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, setakat ini 70% daripada kerosakan telah berjaya dipulihkan.

Trump sebelum ini telah memberi komentar mengenai isu ini dengan mengatakan seakan-akan Iran adalah dalang dalam serangan ini. Walaubagaimanapun, pihak Iran telah menafikan kenyataan Trump dan berpendapat bahawa ia adalah ulah pemberontak.

Pasaran kini menumpukan pada perkembangan perang dagang AS-China. Wakil perdagangan AS mengatakan bahawa rundingan peringkat awal akan bermula pada hari Khamis. Turut menjadi tumpuan para pelabur ialah minit mesyuarat the Fed dan bank pusat England pada minggu ini.

Pasaran Wall Street dibuka lemah berikutan tumpuan para pelabur terhadap mesyuarat the Fed. Pasaran menjangkakan the Fed akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Walaubagaimanapun, sejak akhir ini terdapat kemungkinan bahawa the Fed akan mengekalkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat