Ini 3 Risiko Besar Pasaran Global Ketika Ini – Penganalisis

64

Terdapat tiga risiko yang berpotensi menghalang kenaikan pasaran, kata penganalisis Doug Sandler kepada CNBC pada Khamis.

Sandler yang juga ketua penganalisis pasaran di RiverFront Investment Group menjelaskan risiko pertama adalah “geopolitik” – yang menyebabkan pelabur menarik pelaburan mereka daripada pasaran berikutan ancaman risiko geopolitik.

“Pasaran agak baik sembilan tahun lalu walaupun berhadapan beberapa risiko geopolitik dalam tempoh tersebut,” kata Sandler. “Saya rasa jika tiada risiko geopolitik ini, pasaran akan meneruskan kenaikan.”

Risiko kedua yang dijelaskan oleh Sandler adalah presiden Trump – dan ia bukan disebabkan kegagalan beliau merealisasikan janji perubahan cukai, tetapi ia disebabkan sifat Trump itu sendiri.

“Saya rasa orang cepat menilai belau,” kata Sandler. “Beliau lebih banyak bergerak ke tengah, dan saya rasa terdapat potensi beliau akan merealisasikan beberapa agenda yang dijanjikan selepas ini, yang akan memberi faedah kepada beberapa industri.”

Mark Luschini, ketua strategi pelaburan di Janney menunjukkan pendapat yang sama dengan Sandler terhadap “politik presiden sedikit menghalang kenaikan harga saham.”

“Selagi kita tidak melihat kenaikan dalam inflasi dan Fed bergerak perlahan seperti yang kita lihat setakat ini, oleh itu saya rasa sokongan terhadap harga saham akan berterusan ke atas,” kata Luschini.

Risiko terakhir bagi Sandler adalah penilaian berlebihan (overvaluation) dalam nilai saham. Jika pasaran terus meningkat, ia akan menyebabkan masalah penilaian pada 2018 dan tahun-tahun seterusnya.

 

Untuk berita lebih pantas dan ringkas klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat