Ini 3 Ukuran Penting Harus Diperhatikan Bagi Melihat Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Ekonomi!

414

Bagi mengatasi penularan wabak Covid-19 dari terus merebak, negara-negara harus membayar harga mahal yang terpaksa ditanggung oleh semua golongan bermula dari rakyat sehigga kepada pemerintah. Penerapan perintah berkurung adalah suatu langkah yang wajar untuk diambil bagi menghadkan penyebaran pandemik walaupun ia mendatangkan risiko yang besar seperti peningkatan tahap kemiskinan, hutang kerajaan dan membatasi pertumbuhan negara.

Para penggubal dasar terpaksa membuat beberapa pilihan yang sukar bergantung pada demografi, bajet fiskal dan pasaran buruh negara masing-masing. Walaubagaimanapun, peningkatan tekanan inflasi dan kos pinjaman berkemungkinan akan menyebabkan para pengubal polisi mengambil pendekatan mengurangkan sekatan yang dikenakan.

Berikut adalah 3 faktor yang akan dipertimbangkan dalam membuat keputusan mengenai tempoh perintah berkurung.

1) Sektor Buruh

Peratusan tenaga kerja dalam tenaga kerja tidak formal adalah faktor yang penting dalam pembuatan keputusan. Hal ini kerana, langkah ini akan memberi impak besar terhadap para pekerja dan sokongan pendapatan.

Di antara langkah-langkah yang telah diambil, Slovenia telah memperkenalkan dasar pendapatan sementara, India telah melancarkan skim pemberian tunai langsung dan pentadbiran Brazil juga melakukan hal yang serupa.

Bagi kebanyakkan negara yang memiliki populasi yang besar dalam pasaran buruh tidak formal, hampir 5-10% peratusan KDNK harus dibelanjakan. Hal ini adalah satu pilihan yang sukar untuk dilakukan.

2) Tahap Kematian

Jumlah kematian tambahan dari COVID-19 berbanding dengan jumlah kematian keseluruhan negara sangat berbeza.

Berdasarkan kiraan hampir 20% populasi akan dijangkiti dan 6.6% daripadanya berpotensi berhadapan dengan kematian.

Negara yang berhadapan dengan kematian yang tinggi terutama dalam golongan muda akan mempengaruhi bagaimana penggubal polisi menggubal polisi ekonomi.

3) Penggunaan

Perintah berkurung telah beri kesan terutamanya dalam penggunaan swasta dimana ia merupakan indikator yang penting dalam ekonomi dan pemacu utama pertumbuhan.

Di Mesir, penggunaan swasta menyumbang lebih daripada 80% daripada KDNK pada tahun 2019, manakal di Kenya adalah sebanyak 77% dan lebih daripada 60% di Afrika Selatan.

Peningkatan perbelanjaan pengguna telah menjadi pemacu besar pertumbuhan di banyak negara, terutama di Afrika Barat dan Timur sebagaimana menurut para penganalisis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat