Ini 4 Isu Penting Perdagangan A.S Harus Diberi Perhatian Oleh Pasaran!

0 559

Dalam bulan Disember ini, isu perdagangan menjadi antara tumpua pasaran. Terdapat 4 perkara besar mengenai perdagangan yang harus diberi perhatian.

1) Hanya berbaki 13 hari bagi Robert Lighthizer dan rakan sejawatnya dari China, Naib Perdana Menteri Liu He untuk merangka butir-butir perjanjian separa bagi mengelak daripada berlakunya peningkatan ketegangan perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia.

Sekiranya perjanjian separa ini tidak dapat dimenterai pada 15 Disember, Trump telah mengancam akan mengenakan satu lagi gelombang tarif dan hal ini akan memberi impak terhadap rantaian bekalan pengguna seperti telefon pintar, komputer riba dan mainan. Kekurangan dalam pernjanjian akan merosakkan pasaran dan akan meningkatkan ketidakpastian dalam ekonomi.

2) Dalam bulan ini juga, pentadbiran perdagangan A.S mengharapkan kemenangan undang-undang dalam melalui Kongres rundingan semula Nafta.

Perjanjian antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada hanya mengulangi perjanjian Nafta yang lama dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang dirundingkan oleh pentadbiran Trump. Walaubagaimanapun, pentadbiran perdagangan telah melakukan beberapa perubahan termasuk memasukan peraturan auto yang direka bagi menggalakan lebih banyak pengeluaran di A.S.

3) Robert Lighthizer sebelum ini telah mensifatkan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) sebagai “ancaman kepada kedaulatan”. Lighthizer yang merupakan wakil perdagangan A.S optimis dalam memenangi perdebatan beliau dengan organisasi tersebut. 11 Disember akan menjadi detik penting.

4) Pada hari Isnin, pentadbiran Lighthizer akan mengeluarkan kesimpulan penyiasatan mereka terhadap cukai perkhidmatan digital Perancis. Ini boleh menjadi justifikasi untuk satu lagi tarif trans-Atlantik dan memberikan lebih banyak bukti terhadap pengamalan perdagangan yang bersifat unilateralisme. Selain itu, pentabiran lain A.S juga berkemungkinan akan mencabar pengenaan cukai di WTO.

Pada hari ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa beliau akan segera memulihkan kembali pengenaan tarif keatas barangan import besi dan aluminium dari Brazil dan Argentina.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.