Ini 5 Kripto Perlu Disaksikan Pada Minggu Pertama Bulan Mei!

522

“Pelabur boleh la tengok-tengok dulu mana tahu ada yang berkenan di hati.”

Para pelabur pada masa ini optimis terhadap masa depan pasaran mata wang kripto susulan sentimen yang sudah kembali positif selepas kebanyakan aset digital mengalami penurunan drastik pada minggu lepas.

Berikut adalah lima kripto yang perlu diberi perhatian pada minggu ini setelah mempertimbangkan beberapa faktor seperti perkembangan teknikal, peristiwa dan perubahan ketara dalam harga.

Render Token (RNDR)

Walaupun susut semula pada $2.14, harga RNDR berjaya mencecah $2.60 apabila model Render baharu digelar BME yang bertujuan untuk mengubah seni bina rangkaiannya telah disiarkan secara langsung di rantaian Solana (SOL).

Perkembangan tersebut dapat membenarkan projek RNDR memanfaatkan SOL yang memiliki transaksi lebih pantas dan kos rendah serta membenarkan akses luas kepada proses rendering kompleks melalui sistem rendering GPU decentralized.

Selain itu, projek itu juga memiliki pelbagai utiliti dalam industri, antaranya adalah media, gaming, realiti maya (VR) dan perubatan.

Casper (CSPR)

CSPR pada minggu lepas melonjak sebanyak 20% selepas terdapat pengeluaran wallet web blockchain baharu digelar Casper Wallet yang akan mewujudkan pengalaman pengguna lebih baik, sokongan penuh desktop browser dan lain-lain.

Pasukan CSPR turut memeterai perjanjian bersama Halborn Security, iaitu firma keselamatan siber blockchain supaya Casper Wallet sentiasa dilindungi tanpa sebarang penipuan.

Injective (INJ)

Susulan Binance membenarkan pinjaman institusi untuk INJ, di mana ia membenarkan institusi kewangan meminjamkan dana kepada perniagaan lain, harga aset digital itu meningkat lebih 15% bagi mencapai $9.26 sebelum tergelincir semula pada $7.68.

Selain itu, INJ mengumumkan penyepaduan dengan platform kontrak pintar multichain Astar Network dan Celer Network pada blockchain Ethereum (ETH).

Internet Computer (ICP)

Selain mendapat pendedahan daripada penguasaan media sosial yang semakin meningkat, harga ICP mencanak 9% apabila rancang mewujudkan pusat Internet Computer di Hong Kong.

MultiversX (EGLD)

Harga EGLD pada minggu lepas mencatatkan keuntungan 10% selepas bursa kripto Upbit menyenaraikan aset digital tersebut yang memiliki sekitar 9 juta pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat