Ini 5 Kripto Utama Pilihan Pelabur Selepas Pasaran ‘Bullish’

1,418

Pasaran mata wang kripto mengalami momentum positif setelah modal pasaran kripto menggunung 7% dalam tempoh 24 jam lalu bagi melepasi paras 1 Trilion USD.

Oleh demikian, senarai ini merupakan top 5 kripto terbaik yang menjadi pilihan para pelabur susulan pasaran kripto sedang mula membuat pemulihan.

  1. Bitcoin

Bitcoin (BTC) merupakan mata wang kripto terbesar di dunia yang selamat dan decentralized. Secara rekod, BTC kini menyusut lebih 60% daripada paras tertinggi sepanjang masa dengan kebanyakan pakar percaya bahawa ia akan melonjak kembali ke paras harga asalnya.

  1. Ethereum

Ethereum (ETH) merupakan mata wang kripto kedua terbesar dari segi permodalan pasaran. Namun begitu, nilai aset digital tersebut merosot sebanyak 50% semasa berlakunya kejatuhan pasaran kripto.

Kini, harga ETH menunjukkan pergerakan yang sangat positif selepas menjayakan The Merge.

  1. Polygon

Polygon memperoleh nilai daripada sumbangan yang dibuatnya kepada ekosistem Web3. Difahamkan juga bahawa platform tersebut membenarkan syarikat melancarkan aplikasi scalable decentralized.

Sementara itu, Polygon turut bekerjasama dengan NFL, Kelab Bola Sepak Liverpool, Adobe dan Meta agar dapat memecahkan paras $1.

  1. Chainlink

Chainlink juga sama seperti Polygon membekalkan perkhidmatan blockchain dan pakar percaya bahawa aset digital tersebut akan membuat lonjakan dalam masa terdekat susulan mempunyai fundamental yang kuat.

  1. BNB/Binance Coin

Binance Coin memperoleh nilainya daripada exchanger kripto terbesar Binance yang diasas oleh kripto billionaire terkaya di dunia Changpeng Zhao (CZ) dan merupakan individu terpenting yang mempengaruhi ekosistem kripto.

Kini, BNB didagangkan pada paras harga $287.67 dengan lonjakan sebanyak 5% dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat