Ini 5 Negara Yang Terpaling Kripto! (Bahagian III)

874

Artikel ini merupakan sambungan daripada bahagian 1 dan bahagian 2.

Teruskan lagi dengan 5 negara yang memberi impak kepada kripto:

  • El Salvador
    • Presidennya, Nayib Bukele sangat terkenal sebagai figura yang menyokong mata wang kripto terutama Bitcoin (BTC).
    • Negara ini telah menjadikan BTC sebagai tender sah pada pertengahan 2021.
  • Miami
    • Datuk bandar, Francis Suarez sangat memfokuskan kepada ekonomi berasaskan mata wang kripto.
    • Miami satu-satunya negeri di Amerika Syarikat (AS) yang memulakan inisiatif pembayaran gaji dalam BTC.
    • Usaha Suarez berjaya menarik beberapa entiti kripto untuk bertapak di sana.
  • Beijing
    • China menggemparkan industri kripto selepas mengharamkan perdagangan aset kripto pada tahun ini.
    • Lebih mengeruhkan keadaan, perlombongan kripto juga disekat hingga menyebabkan pelombong terpaksa pindah ke luar negara.
    • Hanya disebabkan satu negara ini, harga Bitcoin menjadi sangat tidak stabil. Betullah kata orang, jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
  • Washington, D.C.
    • Selain China, Washington juga mampu menggoncangkan pasaran kripto.
    • Pada tahun ini SEC memberi tekanan yang sangat kuat kepada aset kripto melalui cadangan perundangan yang lebih ketat.
    • Selain berhadapan isu Ripple, SEC juga telah mencabar Coinbase dengan saman.
  • San Francisco
    • Tiga platform kripto terbesar seperti Kraken, OKCoin, Robinhood, dan Coinbase bertapak di sini.
    • Manakala Bay Area pula merupakan rumah untuk syarikat pencarian internet: Google, dan yang desentralisasi: Brave.
    • Penyumbang dana terbesar kripto yang selalu di dalam babak kripto, Andreessen Horrowitz berada di Menlo Park.
    • Negeri dalam AS ini boleh dianggap sebagai pusat bagi blockchain.

Inilah 15 negara yang sangat memberi impak kepada pasaran kripto. Terutama Washington dan Beijing – terlalu banyak drama pasaran kripto gara-gara mereka.

Agaknya ada plot twist tak pada 2022?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat