Ini 6 Tips Untuk Lindungi Kad Kredit Dan Debit Anda

919

Menurut Technisanct, syarikat keselamatan siber India menyatakan bahawa lebih 300,000 maklumat kad kredit dan debit dari enam negara Asia termasuk Malaysia dan Singapura telah dijual di dalam pelbagai forum web gelap.

Artikel ini akan memberikan anda pendedahan terhadap cara untuk melindungi data kad kredit dan debit!

#1. Kod CVC adalah rahsia

Kod CVC sebenarnya adalah untuk melindungi dan menjamin pembelian dalam talian. Oleh itu, jangan sesekali pernah dedahkan kod CVC anda kepada sesiapa pun dan pastikan tiada pihak yang meminta kod CVC anda! Ini termasuklah penyimpanan kod CVC di mana-mana laman web e-dagang.

 

#2. Hadkan penggunaan harian kad kredit

Biasanya pengguna akan menghadkan kad kredit mereka kepada pengeluaran tunai secara bulanan sahaja. Tetapi, dengan menghadkan pengeluaran tunai secara harian kad kredit, anda dapat mengelak daripada maklumat anda bocor.

 

#3. Peka terhadap SMS transaksi

Jangan malas untuk periksa mesej transaksi. Tindakan ini dapat mengelakkan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan – jumlah yang melebihi daripada transaksi yang dilakukan.

 

#4. Log masuk akaun bank dengan kerap

Walaupun jarang periksa akaun, amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu cuba untuk log masuk ke dalam akaun bank anda dan periksa baki akaun. Digalakkan juga untuk periksa penyata akaun untuk memastikan tiada sebarang kesilapan atau tiada transaksi yang berlaku di luar persetujuan anda.

 

#5. Keselamatan data di tangan anda

Dah log masuk, jangan lupa log keluar. Sebenarnya amat bahaya jika anda tidak log keluar apatah lagi jika tiada anti-virus dalam peranti anda. Jadi, tingkatkan lagi keselamatan data peribadi anda dengan program anti-virus yang dipercayai.

Pastikan juga anda tidak mengakses akaun bank menggunakan internet awam atau internet percuma. Itu lebih memudahkan dan sekejap sahaja data anda boleh dicuri!

 

#6. Laporan akaun bulanan atau tahunan

Lebih baik jika anda memilih untuk mendapatkan laporan akaun anda secara bulanan atau tahunan. Cara ini dapat membantu anda untuk meneliti keseluruhan pergerakan keluar masuk kewangan anda di dalam bank.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat