Artikel Keramat Ini Khas Untuk Trader Part Time

4,514

Menyambung artikel sebelum ini, langkah pertama yang perlu dilakukan bagi mereka yang trade secara part time adalah seiringkan gaya trading yang sesuai dengan waktu yang ada selepas waktu kerja.

Pentingnya gaya trading yang bersesuaian adalah kita boleh tetapkan zon waktu yang mana paling sesuai untuk tengok chart dan kaji pergerakan harga.

Di Malaysia, waktu kerja kita bermula jam 8 atau 9 pagi, sama dengan waktu pasaran Asia dibuka.

Dan waktu kita punch out dari kerja adalah pada jam 4 atau 5 petang, waktu itu adalah waktu aktif untuk pasaran Eropah.

Manakala malamnya pada jam 8 malam pasaran New York dibuka, bertindan dengan waktu Eropah, menjadikannya waktu paling aktif bagi pasaran Foreign Exchange.

Dan jika ada yang bekerja shif, waktu trading lagi mudah untuk dipilih.

Lihat balik pada waktu pasaran aktif, ia pada waktu petang dan malam iaitu waktu selepas kerja.

Sesi FXDan di sinilah datangnya pengorbanan masa yang berlu diambil untuk mengasah skil trading dan generate pendapatan dari rumah.

Dan sebenarnya terdapat beberapa gaya trading yang boleh dipilih dan ia bergantung kepada kesesuaian anda iaitu :

  1. Scalper
  2. Day Trader
  3. Swing Trader
  4. Position Trader

Keempat-empat gaya ini ada perbezaannya dari segi timeframe, jumlah pips per trade dan sebagainya. Pentingnya mengetahui gaya yang mana satu adalah bergantung kepada masa dan personaliti sendiri.

Perasan tak, banyak ditekankan kepada kesesuaian diri sendiri dan ini sebenarnya merujuk kepada keputusan anda.

Nak berjaya, pilihan di tangan anda.

Baca kenapa lelaki ini pesan anda berhenti berangan-angan jadi Warren Buffett di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat