Ini Adalah Data Yang Menjadi Tumpuan Pasaran Pada Hari Ini

750

Pasaran awal pagi ini dikejutkan dengan pergerakan besar harga berikutan suasana pasaran yang dilihat masih berisiko. Seterusnya, para pelabur akan memberi tumpuan terhadap data-data penting antaranya ialah laporan data pekerjaan ADP NFP dan juga bacaan indeks perkilangan PMI tinjauan ISM di Amerika Syarikat.

Di Britain, data sektor pembinaan PMI akan dikeluarkan pada jam 5:30 petang ini untuk bacaan bulan Disember. Laporan ini telah menunjukkan peningkatan selama dua bulan berturut- turut, namun begitu jangkaan bulan Disember diramalkan sedikit jatuh kepada 52.9 mata ekoran pasaran bergerak perlahan.

Pada jam 9:15 malam pula, pasaran akan tertumpu pada data ADP NFP yang akan mengeluarkan laporan data pekerjaan untuk bulan Disember bagi sektor swasta. Berdasarkan laporan sebelum ini, data pekerjaan swasta untuk bulan November mencatatkan sebanyak 179k pertambahan berbanding sebelumnya iaitu 225k. Namun, jangkaan pada bulan Disember kekal pada bacaan 179k seperti bulan sebelumnya.

Selepas data ADP dikeluarkan pada jam 11:00 malam, para pelabur akan melihat pula bacaan indeks perkilangan PMI tinjauan oleh ISM sekaligus akan memberi petunjuk kepada hala tuju laporan pekerjaan NFP di Amerika Syarikat untuk malam esok. Bacaan indeks perkilangan PMI sebelum ini mencatatkan bacaan 59.3 mata dan di jangka menurun sedikit ke paras 57.7 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat