Ini Adalah Kenyataan Tumpuan Oleh BOC Pada Mesyuarat Dasar Monetari Semalam

350

Seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran, Bank of Canada (BOC) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% pada mesyuarat polisi untuk bulan Mei.

Berikut adalah sebahagian kenyataan penting pada polisi bank pusat:

  • Data-data ekonomi domestik Kanada yang terbaru dilihat sejajar dengan prospek Laporan Polisi Monetari (MPR) bank pusat pada April.
  • Sektor minyak kembali menunjukkan pemulihan berikutan peningkatan pada pengeluaran dan harga minyak juga kekal berada di atas paras terendah sebelum ini.
  • Pertumbuhan pekerjaan yang kukuh berterusan memberikan gambaran bahawa kelemahan pada sektor perniagaan untuk 2 suku tahunan sebeum ini adalah bersifat sementara.
  • Ketegangan konflik dagangan yang semakin meningkat menjurus kepada ketidaktentuan pada prospek ekonomi.
  • Pengecualian tarif untuk keluli dan aluminium serta peningkatan pada prosepk ratifikasi CUSMA akan memberikan kesan positif untuk eksport Kanada dan juga pelaburan.
  • Data terbaru menguatkan lagi pandangan Majlis Tertinggi bahawa pertumbuhan perlahan pada penghujung 2018 dan awal tahun 2019 adalah sementara.
  • Untuk keputusan polisi masa hadapan, Majlis Tertinggi akan terus memantau data terutamayanya terhadap perkembangan perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak dan juga kesihatan perdagangan global.

Walaupun BOC masih kekal dengan keputusan yang dovish, namun nada kenyataan yang dikeluarkan pada mesyuarat kali ini dilihat lebih optimis berbanding mesyuarat pada April yang lalu. Bank pusat juga dilihat tidak berada dalam keadaan panik atau tertekan pada tahap pembangunan setakat ini.

Penganalisis dari Rabobank menjangkakan pemotongan kadar faedah kepada 25 mata asas oleh BOC pada mesyuarat April 2020.

Dari sudut teknikal, dilihat pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD yang telah berjaya breakout resistance pada 1.35000 semalam, harga dijangka berpotensi mencapai kenaikan sehingga ke paras ketinggian pada 1.36600 yang dicapai pada awal dagangan Januari lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat