Ini Adalah Lima Kunci Utama Pelan Ketenteraan US Di Afghanistan Oleh Trump.

79

Presiden US hari ini memberi kebenaran kepada Pentagon untuk menambah beberapa ribu lagi tentera di Afghanistan tetapi mereka tidak boleh jelaskan jumlah sebenar tentara yang berada di sana.

# Bilangan Tentera

“Kami tidak akan memaklumkan jumlah tentera atau pelan aktiviti ketenteraan kami seterusnya”, jelas Trump. ”Suasana di sana, tanpa ada jadual masa yang tetap akan menjadi panduan strategi buat masa sekarang. Musuh Amerika tidak akan dapat menjangkakan kehadiran dan pelan kami.”

Pada masa ini jumlah askar yang masih berada di Afghanistan adalah 8,400 dan jeneral tentera US menyatakan penamban beberapa ribu askar akan dibuat bagi menyelesaikan kebuntuan menentang Taliban.

Askar tambahan akan mempunyai dua peranan: misi menyekat pengganas dan melatih tentera Afghan.

# Berikan Kebebasan Hak Dalam Bidang Kuasa Tentera

Antara perubahan ketara dalam ketenteraan US adalah perluasan bidang kuasa tentera untuk menyerang Taliban dan rangkaian pengganas yang lain.

Di bawah pentadbiran Obama, operasi serangan US di Afghanistan disekat selapas tentera Afghan mula mengetuai serangan ke atas Taliban, satu tindakan yang mengecewakan ketua tentera di lapangan.

“Pengurusan mikro daripada Washington, tidak akan memenangi pertempuran,” jelas Trump.

Beliau turut menjelaskan bahawa ketua tentera US akan diberi kebebasan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan dan akan mengembangkan lagi bidang kuasa ketenteraan US dalam mencari sasaran pengganas dan rangkaian mereka di Afghanistan.

# Sekadar Ucapan Politik

Tujuan pelan Trump di Afghanistan adalah untuk membawa Taliban ke meja rundingan dan mencari penyelesaian kepada perang Afghan. Tujuan ini sama seperti Barack Obama, namun Trump menyatakan pendekatannya berbeza dengan tidak meletakkan tempoh penarikan tentera US.

# Menukarkan Pakistan

Trump juga mengkritik Obama yang sebelum ini ingin Pakistan menukarkan cara mereka yang selama ini melindungi pengganas.

Trump mengeluarkan kenyataan kepada Pakistan dan India yang beliau berjanji akan “lawan untuk menang” di Afghanistan.

Peranan Pakistan yang menjadi pelindung kepada rangkaian Haqqani sentiasa menjadi duri kepada ketenteraan US. Trump memberi amaran akan menyekat bantuan kepada Pakistan jika mereka tidak sama-sama membantu melawan pengganas di Afghan.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bagaimana India, pesaing nuklear Pakistan, boleh menyumbang kepada usaha perang Afghanistan. Dengan perdagangan antara mereka yang berjumlah billion dolar, beliau meminta India untuk turut membantu terutamanya dalam ekonomi dan pembangunan.

# Menang, bukan membina negara

Apabila Obama bercakap tentang perang di Afghanistan, fokus adalah untuk membawa pulang askar US. Tapi Trump jelas mengatakan inginkan kemenangan.

“Tentera kami akan terus berjuang untuk menang. Kami akan lawan untuk menang”, jelas beliau. Misi sekarang sangat jelas, melawan musuh, musnahkan al Qaeda, sekat Taliban daripada menguasai Afghanistan dan hentikan serangan keganasan terhadap Amerika.

Beliau tidak lagi mahu menggunakan kuasa tentera Amerika untuk membina demokrasi atau negara dari jauh. “Hari tersebut telah berakhir, US tidak akan membina negara semula. Kami akan membunuh pengganas”, kata beliau menutup ucapannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat