Ini Adalah Paras Terendah AUD/USD Untuk Tahun 2021!

189

Selepas minggu lalu laporan pekerjaan Australia gagal untuk menyokong pengukuhan dolar Aussie, sentimen pasaran yang terus berisiko pada awal minggu ini menambahkan lagi tekanan buat mata wang tersebut.

Penularan Covid-19 yang membimbangkan di Australia telah mencetuskan jangkaan bahawa bank pusat Australia (RBA) berkemungkinan perlu menangguhkan rancangan untuk mengurangkan pembelian bon dalam usaha untuk terus menyokong pemulihan ekonomi.

Sementara mata wang komoditi bergerak lemah, US dolar pula mencatatkan pengukuhan dengan kelebihan dalam situasi berisiko pasaran.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah membuat penurunan ke paras terbaru pada minggu ini selepas melepasi zon support 0.74000.

Sehingga setakat sesi Eropah hari ini (Rabu), harga telah turun mencecah ke paras 0.73000, dan ini adalah paras terendah harga sejak November 2020.

Pergerakan harga yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat bahawa harga akan terus bergerak dalam trend bearish.

Penurunan harga seterusnya bakal menguji paras sekitar 0.72400 dan 0.72000, antara paras yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung tahun 2020 yang lalu.

Sekiranya harga kembali bergerak di atas halangan MA50, pelabur akan berwaspada untuk isyarat perubahan trend semula.

Kenaikan harga akan menguji kembali paras 0.74000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum memberi isyarat arah pergerakan seterusnya yang lebih jelas.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat