Ini Adalah Sebab GBPUSD Menjunam Lebih 100 Pips Sejak Siang Tadi

74

Kelihatan Pound jatuh terus lebih rendah ke paras 1.28 berbanding US Dollar pada permulaan minggu ini.

Ini adalah disebabkan oleh berita tentang penetapan Bulan Mac 2017 sebagai tarikh akhir untuk memulakan proses rasmi pemisahan British daripada Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri British Theresa May berkata kepada penyokong beliau dikalangan Parti Konservatif bahawa beliau sangat tekad untuk memulakan proses pemisahan British daripada Kesatuan Eropah dan beliau akan berusaha untuk mendapatkan “the right deal” iaitu kelebihan memihak kepada British dalam perjanjian ini.

Ucapan ini sekaligus juga inginkan supaya pihak penyokong parti beliau menghentikan desas desus kononnya beliau nak menunda “Brexit”.

Walaupun terdapat data Manufacturing PMI bagi GBP yang keluar lebih bagus daripada ramalan, tetapi ia tetap gagal menolak GBPUSD untuk meningkat lebih daripada paras $1.29 berbanding US Dollar.

Kedudukan Pound sekarang hanya tinggal setengah sen sahaja lagi untuk mencapai paras terendah akibat peristiwa Brexit tempoh hari. Ketika artikel ini ditulis, ia berada pada kadar 1.2850.

Adakah mungkin terdapat “rebound” pada kadar terendah bagi harga GBPUSD ketika brexit tempoh hari? Apa pendapat anda? Jom komen di bawah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat