Ini Adalah Sebab Mengapa Matawang US Dolar Merosot Banyak Pada Hari Ini!

1,308

Matawang US dolar menyusut daripada paras tertinggi dengan mencatat penyusutan paling teruk dalam tempoh lebih daripada empat bulan berikutan California mengekang pembelian dolar di tengah-tengah kekhuatiran bahawa ekonomi terbesar tersebut menuju kepada kemelesetan ekonomi.

Pada Khamis petang waktu Gabenor California, Gavin Newsom, mengarahkan seramai 40 juta penduduk negeri tersebut agar tinggal di rumah sahaja mulai Khamis malam.Ini merupakan langkah ketat yang diambil oleh Amerika Syarikat untuk mengekang penularan wabak koronavirus.

Menurut Mark Grant, ketua strategi global di B. Riley FBR Inc berpendapat pasaran mula menjual US dolar kerana khuatir beberapa negeri besar lain akan mengikuti jejak langkah California dan hal ini dikhuatiri dapat membawa kepada peningkatan pengangguran dan secara tidak langusng mendorong beberapa kawasan di A.S mengalami kemelesetan ekonomi.

Pada hari Khamis, permintaan terhadap matawang US dolar telah melonjak naik berikutan pasaran lebih mementingkan pegangan wang tunai dalam berhadapan dengan situasi pandemik dan dalam masa yang sama permintaan adalah lebih besar daripada penawaran sehingga membuatkan US dolar mengukuh dengan banyak.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut sebanyak 0.58% pada kepada paras 103.015 setakat jam 09.40 p.m.

Matawang Austalia pula mencatat pengukuhan sebanyak hampir 2% kepada paras bacaan 0.5853. Dalam masa yang sama matawang pound mengukuh melebihi 2 peratus ia sebanyak 2.40% kepada paras bacaan 1.1759.

Penganalisis berpendapat Pandemik Covid-19 masih belum terkawal, maka dengan itu matawang US dolar mungkin akan mendapat permintaan yang tinggi kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat