Ini Adalah Tiga Ucapan Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Hari Ini

64

Ucapan Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Haruhiko Kuroda (1.35 pm)

Kuroda dijadualkan berucap pada jam 1.35 petang (Malaysia) dalam mesyuarat bersama ketua-ketua perniagaan di Osaka dan dijangka pelbagai soalan akan diutarakan.

Bank pusat Jepun mengekalkan dasar monetari mereka minggu lepas, walaupun ada ahli yang menentang dengan berkata bahawa polisi sedia ada tidak cukup untuk menolak inflasi ke paras sasaran 2%. Ucapan beliau akan diteliti oleh pasaran bagi mencari petunjuk polisi di masa hadapan berdasarkan keadaan ekonomi Jepun. Ulasan beliau akan memberi kesan langsung kepada pasaran jangka masa pendek.

Gabenor BoJ juga akan berucap di Konvensyen Industri Sekuriti Kebangsaan di Tokyo pada hari Khamis.

Ucapan Presiden Fed New York, William Dudley (8.30 pm)

Dudley yang terkenal dengan pendirian hawkish beliau sering menegaskan perlunya kenaikan kadar faedah dilakukan secara beransur-ansur kerana berpandangan inflasi yang rendah hanya bersifat sementara. Ulasan beliau hari ini menjadi tumpuan bagi melihat sebarang petunjuk yang akan mengukuhkan lagi pendirian beliau serta menyokong pendirian 10 ahli Fed lain yang menjangkakan kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

Ucapan Presiden bank pusat Eropah (ECB), Mario Draghi (9.00 pm)

Mario Draghi akan berucap berkenaan perkembangan ekonomi dan dasar di hadapan parlimen dan ahli jawatankuasa hal ehwal dasar. Beliau pernah memberitahu bahawa ECB akan memulakan pengurangan (tapering) terhadap program ransangan ekonomi seawal bulan Oktober. Keputusan pilihan raya Jerman yang tamat pada hari ini turut akan memberi kesan terhadap unjuran ekonomi zon Eropah berikutan kemenangan minoriti parti pemerintah (CDU).

Mario turut dijadualkan untuk berucap di persidangan anjuran bank pusat England (BoE) paa hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat