Ini Akan Jadi Minggu Terburuk USD Sejak Februari!

1,081

Walaupun meningkat pada sesi Eropah, US dolar menuju kerugian mingguan pertama sejak awal Februari setelah mempamerkan aksi mengecewakan pada minggu ini dengan merosot ke paras terendah dua minggu.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar didagangkan berlegar di bawah harga 103.00 setelah menurun sekitar 1.4% pada minggu ini. Jumaat lalu, ia telah melonjak ke paras tertinggi sejak Januari 2003 pada 105.01.

Kemerosotan ini turut menyusuli penurunan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap 2.86%.

Meskipun pasaran saham global turut merosot pada minggu ini berikutan kebimbangan terhadap risiko kepada pertumbuhan dari pengetatan agresif, tetapi US dolar gagal meningkat sebagai safe-haven.

Sebaliknya, mata wang safe-haven lain seperti yen dan swiss franc pula yang mendapat manfaat dengan yen di landasan untuk keuntungan minggu kedua dan franc pula bakal merekodkan minggu terbaiknya sejak Mac 2020.

Dalam pada itu, mata wang utama lain turut meningkat yang kebanyakannya disokong oleh data-data ekonomi memberangsangkan dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat masing-masing.

Ini dapat dilihat pada pergerakan mata wang euro dan pound terus mengekalkan pengukuhan di paras ketinggian dua minggu berbanding US dolar dengan keyakinan Bank Pusat Eropah (ECB) akan memulakan kitaran pengetatan pertama pada Julai dan Bank Pusat England (BOE) pula melanjutkan kenaikan kadar susulan data yang positif.

Dolar Aussie pula meningkat dengan sokongan daripada data inflasi dan pekerjaan yang jauh lebih kukuh daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat