Ini Akan Muktamadkan Kekalahan Trump

381

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), William Barr memaklumkan bahawa pihaknya tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan dakwaan Presiden Donald Trump tentang berlakunya penipuan ketika pilihan raya Presiden baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini, beliau tidak menjumpai sebarang bentuk penipuan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Barr itu memberi satu tamparan hebat kepada Trump, yang sehingga kini enggan menerima kekalahannya.

Ujar Barr, Trump mendakwa mesin undian telah digodam untuk memberikan kemenangan mudah kepada Biden namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Jelasnya, Jabatan Kehakiman (DoJ) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah menyiasat dakwaan tersebut dan tidak menemui sebarang bukti berkaitan dakwaan itu.

Barr bukan satu-satunya pegawai kanan AS yang mengesahkan pilihan raya berkenaan bebas daripada penipuan.

Sebelum ini, Chris Krebs yang mengetuai Agensi Sekuriti Siber dan Sekuriti Infrastruktur AS, dipecat bulan lalu selepas mempertikaikan dakwaan penipuan oleh Trump.

Trump dan pasukan kempennya telah memfailkan tuntutan undang-undang di beberapa negeri yang dimenangi oleh pencabarnya iaitu Joe Biden. Bagaimanapun, negeri-negeri berkenaan tetap mengiktiraf Biden sebagai pemenang.

Sementara itu, Trump ketika tampil pada sesi wawancara dalam Fox News pada Ahad lalu berkata, beliau akan terus menggunakan segala bentuk tuntutan undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya.

“Fikiran saya tidak akan berubah dalam tempoh enam bulan akan datang. Telah berlaku penipuan di sini,” katanya ketika dihubungi oleh Fox News.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat