Ini Antara Isu Tumpuan Dalam Pasaran, Trader Wajib Tahu

975

Ketidaktentuan dalam pasaran telah mendorong pengukuhan bagi dagangan safe-haven yen dan US dolar untuk terus didagangkan menguat pada sesi Eropah susulan laporan mengecewakan mengenai usaha untuk membangunkan vaksin Covid-19 yang terhenti.

Firma farmaseutikal Astrazeneca terpaksa menghentikan sementara ujian klinikal tahap ketiga vaksin coronavirus setelah salah seorang daripada peserta daripada percubaan tersebut didapati mengalami penyakit misteri.

Pemberhentian ujian vaksin AstraZeneca yang diusahakan bersama Oxford University itu nyata mempengaruhi sentimen yang bimbang dengan angka kes Covid-19 yang terus mencatatkan peningkatan setiap hari memandangkan ia antara syarikat paling berpotensi untuk menghasilkan vaksin pertama dunia.

Matawang utama, yang telah dilemahkan oleh pengukuhan US dolar terus menerima tekanan susulan berita negatif mengenai vaksin tersebut.

Sementara itu, penjualan besar-besaran dalam pasaran saham global turut menyokong kekuatan dolar greenback untuk menguat di paras ketinggian satu bulan berbanding sekumpulan matawang utama.

Matawang komoditi yang paling terjejas akibat hubungan Amerika Syarikat dan China yang semakin menjauh, terus diniagakan rendah walaupun dolar Aussie dan kiwi mencatatkan sedikit kenaikan pada sesi dagangan hari ini.

Penyusutan harga minyak terus mendorong kelemahan dagangan dolar Kanada menjelang mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada malam ini yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Bagi matawang Eropah, matawang pound kekal didagangkan lemah di tahap terendah 6 minggu ditekan oleh ketidakpastian Brexit yang meningkatkan semula kebimbangan terhadap no-deal Brexit.

Dalam pada itu, PM Johnson dilaporkan akan mengadakan sidang media pada hari ini. Walaupun masih belum ada kejelasan mengenai isu apa yang akan diutarakan, ucapan Johnson pastinya akan menjadi tumpuan pasaran pada malam ini dan mungkin mempengaruhi pergerakan pound.

Euro juga diniagakan rendah dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat