Ini Antara Isu Yang Diutamakan Oleh Federal Reserve Dalam Polisi Monetari

415

Para penganalisis pasaran menumpukan perhatian terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell dalam acara yang dihadiri di Paris untuk memperincikan isyarat pendirian polisi monetari bank pusat.

Kenyataan utama yang digariskan oleh Powell adalah jangkaan bahawa pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat akan kekal kukuh dan pasaran pekerjaan juga akan turut meningkat.

Namun begitu, ketidaktentuan pada unjuran semakin meningkat, khususnya pada perkembangan perdagangan dan pertumbuhan global. Pertumbuhan masa kini dilihat bergerak pada kadar sederhana.

Tambahan lagi, isu seperti paras siling hutang Federal Reserve (debt ceiling) serta Brexit masih kekal buntu mencari jalan penyelesaian. Faktor-faktor ketidaktentuan sebegini menjejaskan unjuran pertumbuhan untuk kekal kukuh.

Ahli mesyuarat FOMC turut menyatakan kebimbangan terhadap penurunan kadar inflasi yang berterusan di bawah paras sasaran 2%. Faktor jangka masa panjang menyumbang kepada kadar faedah yang lebih rendah, pertumbuhan dan juga inflasi, dijangka akan masih berterusan antaranya seperti sektor perkilangan yang lemah sejak awal tahun ini.

Ahli mesyuarat akan terus berhati-hati memantau perkembangan unjuran ekonomi Amerika Syarikat dan kadar inflasi serta akan bertindak mengikut kesesuaian bagi mengekalkan perkembangan dengan pasaran pekerjaan dan inflasi mampu mencapai objektif sasaran bank pusat.

Pertumbuhan pada kadar perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat kembali meningkat namun pertumbuhan pelaburan perniagaan mula bergerak perlahan.

Bank pusat juga akan menilai perkembangan tersebut dalam konteks perubahan struktur lebih luas untuk polisi monetari yang dirangka oleh pembuat dasar kewangan sejak kemelesetan ‘Great Recession’.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat