Ini Antara Isu Yang Menjadi Perhatian Pelabur Dalam Pasaran Semasa

603

Sekitar pergerakan pasaran yang sudah mula aktif pada hari ini, ini antara beberapa isu-isu penting yang menghiasi pasaran dan perlu dititikberatkan oleh para pelabur.

Setakat sesi pasaran Eropah hari ini, dagangan dolar Amerika Syarikat mengukuh mencecah paras tertinggi satu minggu berbanding matawang utama yang lain ekoran beberapa faktor yang menyokong pengukuhan USD tersebut.

Presiden Donald Trump terus memberi tekanan dan mengkritik polisi pelonggaran pada pendirian bank pusat Federal Reserve. Presiden Fed Boston, Rosengren turut menyatakan pendapat beliau yang tidak bersetuju untuk tindakan pemotongan kadar dengan alasan ekonomi Amerika Syarikat masih kekal kukuh.

Pasaran saham Asia disokong oleh prospek Fed dan European Central Bank (ECB) dengan polisi monetari yang longgar sementara saham Eropah pula dibuka tinggi.

Dagangan dolar New Zealand mencatatkan penurunan pada hari ini setelah pertimbangan bank pusat New Zealand ke arah polisi luar dari kebiasaan dengan strategi pelonggaran kuantitatif.

Sementara di Australia pula, ahli mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA), Christopher Kent menyatakan pendapat beliau bahawa bank pusat tidak memerlukan strategi pelonggaran kuantitatif. Polisi pelonggaran oleh bank pusat global adalah positif buat Australia dan bank pusat akan mengubah polisi jika diperlukan untuk mencapai sasaran.

Perkembangan untuk hubungan dagang Amerika Syarikat dan China, dilaporkan bahawa pegawai rundingan Amerika Syarikat akan berkunjung ke China pada minggu hadapan untuk mengadakan perbincangan secara berdepan buat pertama kali sejak persidangan G20.

Untuk dagangan komoditi, harga minyak mentah bergerak perlahan dalam suasana di Timur Tengah yang masih tegang dengan kebimbangan terhadap penurunan permintaan global, sementara harga emas pula menyusut ekoran pengukuhan pada nilai matawang dolar Amerika Syarikat dalam pasaran semasa.

Tumpuan utama sesi Eropah terarah pada pengumuman bakal jawatan Perdana Menteri Britain yang baru menggantikan Theresa May dengan jangkaan undian akan dimenangi oleh Boris Johnson.

Terus kekal memantau perkembangan isu-isu semasa yang mempengaruhi pergerakan pasaran kewangan setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat