Ini Antara Senarai Saham Yang Terkesan Oleh Coronavirus!

2,151

Ekoran penularan wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan dunia, para pelabur juga dapat melihat perubahan ketara terhadap saham-saham global dan juga instrumen kewangan yang turut terkesan.

Antara saham syarikat global yang menerima kesan buruk adalah Tesla (TSLA) dan NIO (NIO). Syarikat yang menghasilkan kereta ini bakal terjejas ekoran ekonomi China yang merosot buat masa ini.

Saham Disney (DIS) terkesan susulan penutupan sementara Shanghai Disneyland. Saham syarikat barangan utama seperti Nike (NKE) dan juga Apple Inc (AAPL) turut terjejas.

Namun begitu, tidak kurang juga saham-saham yang mendapat manfaat daripada bencana wabak ini.

Saham syarikat penghasil topeng muka dan ubat-ubatan di China nyata mendapat kelebihan dalam masalah kesihatan yang dihadapi lebih-lebih lagi ancaman wabak besar-besaran seperti sekarang.

Syarikat pembuat alatan perlindungan beserta pakaian keselamatan seperti yang dapat dilihat ketika pemeriksaan di lapangan terbang dan sebagainya, mencatatkan peningkatan pada sahamnya.

Antara seperti Lakeland Industries (LAKE) yang meningkat kepada 17% dan Alpha Pro Tech (APT) yang melonjak 28%.

Saham syarikat pembuat sarung tangan getah dari Malaysia, Top Glove Corp Sdn Bhd (KLSE: TOPGLOV) telah melonjak 9.9% dilaporkan pagi ini ke paras rekod tertinggi pernah dicatatkan akibat penularan wabak Coronavirus.

2 lagi syarikat dari pembuat sarung tangan getah dari Malaysia turut mencatatkan peningkatan pada sahamnya iaitu Kossan Rubber Industries (KLSE: KOSSAN) dan Supermax Corp (KLSE: SUPERMX) dengan masing-masing mencatatkan kenaikan 6% dan 8%.

Kebimbangan terhadap Coronavirus ini juga telah meningkatkan nilai saham beberapa syarikat bioteknologi.

Antaranya adalah Biocryst Pharmaceuticals (NASDAQ: BCRX), Gilead Sciences (NASDAQ: GILD), Inovio (NASDAQ: INO), Moderna (NASDAQ: MRNA) dan Novavax (NASFAQ: NVAX).

Oleh sebab sekatan pencegahan untuk virus ini turut memberi kesan buruk terhadap saham penerbangan serata dunia, platform e-commerce bagi perniagaan atas talian sebaliknya mencatatkan peningkatan.

Antaranya ialah Alibaba (NSYE: BABA), Meituan Dianping (KHG: 3690) dan Vipshop Holding (NYSE: VIPS).

Untuk matawang utama pula, dagangan dolar Australia (AUD) dan New Zealand (NZD) menerima impak negatif ekoran kemerosotan ekonomi China disebabkan faktor China sebagai rakan dagang utama dalam sektor eksport negara mereka.

Sementara matawang yang mendapat kelebihan pula adalah Yen Jepun (JPY) dan Swiss franc (CHF) disebabkan kedua-dua matawang ini dikategorikan sebagai matawang safe-haven yang menjadi tarikan pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko.

Bagi aset safe-haven, emas turut mendapat permintaan dalam pasaran semasa begitu juga dengan matawang digital Bitcoin (BTC). Permintaan semakin meningkat ekoran impak Coronavirus semakin buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat