Ini Apa Yang Pelabur Boleh Harapkan Dari iPhone 14 Untuk Prestasi Apple

168

‘Model iPhone 14 ni terima reaksi bercampur masa dikeluarkan dulu.’

Menjelang terbitan laporan korporat suku ke-4 tahun fiskal 2022 (Q42022) syarikat pembuat iPhone, Apple Inc dijangka mencatat peningkatan penjualan namun tidak menafikan faktor kelemahan pada permintaan global.

Menurut Refinitiv, Apple dijangka mencatat peningkatan penjualan sebanyak 11% ekoran pengenalan iPhone 14 dengan penawaran harga yang tidak berubah bagi variasi berspesifikasi tinggi termasuk beberapa produk lain.

Sungguhpun begitu, penganalisis Synovus Trust iaitu Dan Morgan meramalkan pertumbuhan syarikat akan perlahan 2% pada suku seterusnya ekoran pengurangan permintaan terhadap model bervariasi rendah di China.

Ulasnya, kelemahan dalam persekitaran perbelanjaan di negara ekonomi ke-2 terbesar dunia tersebut akan mengubah trakjektori pendapatan syarikat pada suku depan selain faktor inflasi global yang masih lagi tinggi.

Umumnya mengetahui bahawa laporan pendapatan korporat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) mencatat penyusutan dengan Alphabet Inc gagal mengekalkan prestasi ekoran pengukuhan nilai dolar.

Atas faktor tersebut, penganalisis merasakan Apple rancang untuk mengekalkan harga model Pro mereka bagi mengukuhkan semula permintaan bagi membolehkan pengguna membeli walaupun diapit inflasi.

Keputusan itu juga dilihat sebagai rancangan terbaik Apple memandangkan suku depan, yang dikenali sebagai holiday quarter, mampu membawa 30% hasil tahunan kepada syarikat.

Setakat penulisan ini, saham Apple diniagakan  susut 1.96% pada $149.35 dengan permodalan pasaran sebanyak $2.40 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat