Ini Bank Pertama Lancar Perkhidmatan Seliaan Kripto!

382

Sebuah bank utama Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah berjaya melancarkan perkhidmatan penyeliaan kripto bagi mengembangkan industri kewangan tradisionalnya.

Modus operandi berikut membuatkan bank utama AS itu menjadi institusi pertama yang menyimpan mata wang kripto selain pelaburan tradisional dan berpotensi memberikan kesan positif jangka panjang.

Difahamkan bank tersebut telah menerima kelulusan daripada pengawal selia kewangan New York untuk menerima Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pada awal tahun ini.

Bank yang dimaksudkan adalah BNY Mellon, yang merupakan bank tertua di AS telah melaksanakan perkhidmatan penyeliaan kripto yang akan menyimpan kunci peribadi untuk mengakses serta memindahkan aset pengguna.

Menurut Robin Vince, presiden dan ketua pegawai eksekutif BNY Mellon meluahkan perasaaan terujanya susulan perkembangan baharu tersebut bukan sahaja bakal memajukan industri kewangan malah mampu menarik ramai pelanggan ke dalam perkhidmatannya.

Pengurus aset terbesar di dunia Blackrock, juga membuat perjanjian bersama Coinbase untuk memberikan akses perkhidmatan kripto kepada pengguna.

Google pula menggunakan perkhidmatan Coinbase bagi membenarkan pengguna Google Cloud membayar perkhidmatannya dengan mata wang kripto.

Rentetan itu, Google berkemungkinan turut mengembangkan skop pembayaran kripto kepada produknya yang lain.

Secara konteks, perkhidmatan penyeliaan kripto telah berkembang pesat sehingga ke institusi walhal sebelum ini hanya tersedia bagi entiti bukan perbankan swasta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat