Ini Baru Betul! Emas Sudah Naik

415

Emas didagangkan lebih tinggi pada Khamis dengan sokongan daripada penyusutan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang terus bergerak ke bawah.

Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan menguat pada sekitar harga $1,668 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,671 per auns.

Harga emas telah melonjak hampir 1% pada hari Rabu dan ia kini meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut.

Malang buat US dolar, raja mata wang itu terus terkulai layu pada minggu ini apabila tercetusnya spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedahnya.

Bagaimanapun, penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat untuk suku ketiga pada hari ini akan menentukan jangkaan pasaran seterusnya untuk langkah penetapan dasar Fed.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS diunjurkan berkembang 2.4% pada suku ketiga selepas mengalami dua penguncupan berturut-turut pada suku sebelumnya.

Buat masa ini, aset-aset berisiko dan logam kuning emas terus memanfaatkan peluang untuk mencatatkan keuntungan susulan kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat