Ini Berita Baik Buat Semua Pencarum KWSP!

820

Berikutan dengan wabak pandemik yang semakin membimbangkan bahkan mencatatkan peningkatan angka kematian dari semasa ke semasa, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM500 sebulan bagi meringankan beban kos sara hidup kesan daripada wabak berkenaan.

Berdasarkan sebuah sidang media khas, insentif berkenaan dijangka dapat membantu seramai 12 juta pencarum dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM40 bilion.

Selain itu, kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak 4% bermula bulan hadapan membolehkan para pekerja memiliki lebihan wang serta dapat menggunakannya bagi membuat pembelian barangan keperluan harian.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan semua pencarum agar menggunakan insentif tersebut dengan sebaiknya. Wang tersebut mestilah digunakan untuk membeli barang keperluan sahaja dan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk seisi keluarga. Di samping itu, wang berkenaan juga mungkin boleh digunapakai bagi menampung pembiayaan bil air, elektrik mahupun sewa rumah.

Menurutnya lagi, ini merupakan salah satu usaha yang telah dibincangkan bersama Majlis Tindakan Ekonomi dan merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan beban mereka ketika detik sukar sebegini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat