Ini Berita Terkini Untuk Anda Yang Mahu Trade Pada Sesi Eropah

586

Kelemahan dolar greenback berterusan sehingga ke sesi Eropah walaupun pada mulanya ia memaparkan sedikit kenaikan pada sesi sebelum ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama, susut pada 90.82, tetapi masih berlegar di paras ketinggian enam minggu yang dicapainya pada Isnin.

Penyusutan ini telah menyokong dagangan euro untuk kembali didagangkan positif pada sesi Eropah selepas ditekan oleh data jualan runcit Jerman yang mengecewakan berikutan pelaksanaan sekatan coronavirus lebih ketat di negara itu.

Sentimen risiko mendapat dorongan daripada perkembangan mengenai pakej rangsangan $1.9 trilion Amerika Syarikat, di mana Demokrat cuba meluluskannya walaupun tanpa sokongan Republikan.

Terdahulu, pertemuan antara Senator Republikan dan Presiden Joe Biden berakhir dengan tiada kesepakatan dicapai walaupun perbincangan mengenai cadangan baru oleh parti itu dikatakan sangat produktif.

Namun, menurut Presiden Biden, pelan rangsangan alternatif yang dicadangkan dilihat tidak mampu menampung impak Covid-19 yang telah melanda ekonomi negara itu.

Sementara itu, matawang pound terus menokok lebih tinggi ketika pasaran memasuki sesi Eropah, didorong oleh usaha UK yang meningkatkan vaksinasi coronavirus untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Dolar kiwi turut meraih keuntungan dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data pekerjaan New Zealand yang dijangka sedikit merosot pada bulan Disember dan kadar pengangguran dijangka meningkat ke paras tertinggi 5 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat