Ini Berita Yang Dinantikan Pelabur Emas Menjelang Hujung Minggu

1,526

Emas terus berlegar di sekitar harga yang sama pada hari Jumaat di tengah isyarat yang bercampur-campur dari pembuat dasar Federal Reserve (Fed) AS mengenai pengetatan dasar monetarinya.

Seperti sesi dagangan sebelum ini, emas tidak memaparkan pergerakan ketara pada sesi Asia dan Eropah, sebaliknya lebih agresif pada sesi New York.

Pada awal sesi Eropah, harga emas didagangkan di sekitar harga $1,780 per auns, tidak jauh dari paras terendah 7 minggu yang disentuh pada minggu lepas.

Terdahulu, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang menepati jangkaan, penurunan dalam jumlah tuntutan pengangguran serta ucapan dari beberapa pegawai Fed.

Presiden Fed Richmod, Thomas Barkin dan Fed New York, John Williams masing-masing mengatakan bahawa kenaikan inflasi semasa hanya sementara, menandakan bahawa bukan masa sesuai untuk melaksanakan pengurangan.

Sementara Presiden Fed St. Louis, James Bullard dan Fed Dallas, Robert Kaplan pula meluahkan kebimbangan mereka terhadap tekanan dari kenaikan inflasi.

Penerbitan data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS sekali lagi menjadi tumpuan pelabur emas pada malam ini, yang dijangka akan pertumbuhan lebih perlahan daripada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat