Ini Betul Hangat! Keputusan ECB Pacu EUR/USD Meroket 200 Pips

512

Pasaran terus memberi kejutan hangat!

Matawang Euro kembali menterjemahkan pengukuhan setelah peroleh keputusan yang mengejutkan daripada mesyuarat European Central Bank (ECB) yang cenderung untuk meningkatkan kadar faedah.

Kecenderungan itu tercetus susulan Presiden Christine Lagarde menyatakan kebimbangan mengenai kadar inflasi yang ketika ini mungkin akan kekal tinggi lebih lama berbanding jangkaan sebelum ini.

Perkara tersebut juga sama sekali telah menyokong Euro untuk mengukuh dengan bergaya pada sesi New York (Khamis) dan sekali gus ia terus menekan matawang USD untuk kekal didagangkan lemah.

Keadaan ini dapat dilihat setelah pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD sekali lagi mempamer kenaikan sekitar 200 pips untuk kembali mencapai paras tertinggi 12 bulan 1.15000.

Yakni yang mana kenaikan berkenaan tampaknya telah pun menembusi zon tumpuan pada 1.13000 serta terus bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat trend bullish.

Secara tidak langsung pelabur berkemungkinan bakal membuat penilaian yang lebih ketara pada zon rintangan 1.15000 bagi mengeluarkan jangkaan reaksi pergerakan harga yang seterusnya.

Namun jikalau laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan positif pada sesi New York malam ini (Jumaat), maka pelabur mungkin akan meletakkan sasaran awal pada 1.14000 untuk kembali diuji.

Tekanan positif yang lebih agresif secara tidak langsung akan menekan pergerakan harga mencecah zon RBS (resistance become support) 1.13000 sebelum harga dijangka akan mampu untuk terus menyusut.

Manakala sekiranya laporan data NFP AS tersebut mencatat bacaan suram seperti sebelum ini, zon rintangan 1.15000 kemungkinan bakal diatasi dan harga mungkin akan terus bergaya mencatat kenaikan.

Kenaikan mengatasi zon rintangan itu juga sama sekali barangkali  akan merealisasikan paras tertinggi baharu tercipta yang mana harga dijangka bakal terus mendaki untuk mencapai zon 1.16000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat