Ini Boleh Buatkan GBP/USD Naik Ke Paras Tertinggi Terbaru Lagi

701

Pelabur kembali melihat harga bakal menyambung semula trend kenaikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD selepas ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan polisi bank pusat yang melemahkan US dolar.

Sebelum ini, harga melonjak tinggi dengan pengukuhan oleh Pound Sterling berikutan Gabenor bank pusat England memberi isyarat untuk tidak melaksanakan kadar faedah negatif kerana dibimbangi akan menimbulkan masalah pada masa hadapan.

Namun pengukuhan harga terbantut pada rintangan 1.37000 selepas harga susut semula berikutan pengukuhan US dolar didorong oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS yang menarik minat pelabur untuk pembelian yang lebih tinggi.

Namun isyarat dovish oleh Jerome Powell untuk pelonggaran polisi lebih lanjut telah menyusutkan semula US dolar pada sesi New York semalam.

Harga dilihat melonjak semula menguji paras rintangan 1.37000 namun masih gagal menembusinya sebelum pergerakan harga perlahan pada sesi Asia pagi ini.

Pergerakan harga yang sudah mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) semula pada rangka masa 1 jam memberi petunjuk awal harga bakal meneruskan kenaikan.

Jika harga berjaya melepasi resistance 1.37000, harga bakal bakal merekodkan paras ketinggian yang terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun sekiranya harga menjunam semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.36000 akan kembali diuji harga untuk menyokong kenaikan semula.

Jika harga terus turun lebih rendah, penurunan akan dijangkakan sehingga ke paras 1.35000 atau zon support 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat