Ini Bukan Masanya Untuk ECB Menghentikan Program Rangsangan Monetari : Villeroy

51

Ketua Bank Pusat Perancis, Francois Villeroy de Gallau berkata semalam bahawa ini bukan masanya untuk Bank Pusat Eropah mengubah dasar walaupun semakin menghampiri sasaran inflasi.

Bagaimanapun, Villeroy turut mengatakan dalam satu sidang perniagaan di Frankfurt, penetapan dasar tidak bergantung kepada pendapat yang hawkish mahupun dovish, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada keadaan perubahan ekonomi.

Justeru menurut beliau, buat masa ini dasar kewangan perlu kekal pada tahap sedia ada.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ECB digesa untuk mengetatkan dasar memandangkan inflasi semakin meningkat dengan ketara gara-gara pemulihan di dalam sumber tenaga.

Namun begitu, ECB telah menolak cadangan pengkritik dengan alasan bahawa kenaikan inflasi ini hanya bersifat sementara selepas ECB meletakkan kadar pada tahap negatif dan meleburkan berjuta-juta Euro dengan membeli asset.

ECB juga berpendapat bahawa tindakan ini perlu diteruskan untuk mencapai tahap inflasi yang berpanjangan.

NZD Stabil, RBNZ dijangka Kekalkan Dasar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat