Ini Cara Tuntut RM30 e-Tunai Rakyat Anda!

4,210

Seperti yang diketahui, rakyat Malaysia boleh mendapatkan RM30 insentif digital yang diperuntukkan oleh kerajaan bermula 15 Januari 2020. Insentif ini telah diumumkan dalam Bajet 2020 dan dikenali sebagai e-Tunai Rakyat.

Selain itu, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan e-wallet dan tidak membawa wang yang banyak ke mana sahaja. Di samping itu, penuntutan insentif ini boleh dilakukan dari 15 Januari hingga 8 Mac 2020.

Tambahan daripada itu, insentif berkenaan hanya diberikan kepada individu yang layak sahaja. Nak tahu anda layak atau tidak? Ini adalah syarat-syaratnya:

#Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada 31 Disember 2020

#Berpendapatan kurang daripada RM100,000 pada tahun 2018 iaitu kira-kira RM8,333 sebulan.

Peringatan penting buat semua, anda perlu membelanjakan RM30 tersebut sehingga 15 Mac 2020 kerana wang berkenaan akan tamat tempoh selepas tarikh itu.

Bagaimana nak tuntut? Insentif ini boleh dituntut melalui medium Boost, Touch ‘n Go eWallet atau GrabPay. Berikut adalah cara-caranya:

1. GrabPay

*Buka aplikasi dan klik pada butang ‘Upgrade your GrabPay Wallet’.
*Klik ‘Upgrade Now’.
*Pastikan wallet anda diaktifkan. Kemudian, ambil gambar kad pengenalan anda dan hantar.
*Setelah berjaya, skrin akan memaparkan bahawa ‘Money Transfer Enabled.’ Ianya akan mengambil masa 48 jam ke atas untuk pengesahan.

2. Touch ‘n Go eWallet

*Buka aplikasi dan klik pada banner e-Tunai Rakyat.
*Klik untuk pengesahan akaun (Verify Account Now).
*Ikuti langkah-langkah untuk pengesahan akaun anda.
*Ambil gambar kad pengenalan dan selfie untuk dihantar.
*Isikan data peribadi yang diperlukan. Akaun anda akan disahkan dalam tempoh 48 jam.

3. Boost

*Buka aplikasi dan klik pada ikon dompet atau banner e-Tunai Rakyat 2020.
*Klik pada ‘Upgrade Now’.
*Ambil kad pengenalan dan selfie untuk mengenal pasti identiti anda. Proses pengesahan akan dilengkapkan dalam tempoh 48 jam.

Mudah bukan? Jom tuntut sebelum terlambat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat