Ini Data-Data Tumpuan Dalam Negara Menjelang Bacaan GDP Q3 Malaysia

248

‘Kalau teliti betul-betul data ni, rasanya dah boleh ramal GDP esok.’

Menjelang bacaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) suku ke-3 negara pada esok hari, ini antara data-data tumpuan Malaysia yang perlu teliti.

Data Jualan Runcit September

Dagangan runcit negara tahun ke tahun berkembang 30% pada bulan September, turun dari catatan bulan sebelumnya pada 34.5% ekoran penurunan perbelanjaan pengguna semasa berlakunya peningkatan kos.

Ringkasan data jualan runcit setiap sektor adalah seperti berikut:

  • Kedai bukan khusus turun 31.9% dari 37.1%.
  • Kedai khusus susut 43.$5 dari 45.7%.
  • Jualan peralatan isi rumah jatuh 23.1% dari 27.9%.
  • Jualan kenderaan bermotor sederhana junam 51.0% dari 185.3%.
  • Perdagangan borong kuncup 13.3% dari 16%.

Data Pengangguran September

Jumlah rakyat Malaysia yang tidak bekerja pada bulan September turun 3.6% dari tempoh sama setahun lalu pada 4.5%, seterusnya menandakan penyusutan ketara sejak Februari 2020.

Angka pengangguran dilihat turun 17.1% dari setahun lepas kepada 605 ribu sementara angka mereka yang berkerja naik 2.9% pada 16.63 juta.

Data Pengeluaran Industri September

Bacaan pengeluaran industri negara pada September berkembang 10.8% namun susut dari 13.5 yang dicatat pada bulan sebelumnya.

Sungguhpun begitu, situasi keseluruhan memperlihatkan peningkatan 13 bulan berturut-turut pengeluaran industri negara sejak Covid melanda.

Teliti komponen pengeluaran industri di bawah.

  • Pembuatan turun pada 10.4% dari 15.2%.
    • Peroduk elektrik dan elektronik pada 15.5%.
    • Petroleum, bahan kimia, produk getah dan plastik pada 6.5%.
    • Peralatan pengangkutan dan produk pembuatan lain pada 21.6%.
  • Pengeluaran elektrik susut 4.1% dari 9.9%.
  • Pengeluaran perlombongan naik 15% dari 8%.
    • Gas asli pada 21%.
    • Minyak mentah dan kondensat pada 7.2%.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat