Ini Dia Pelan ’10 Hari’ Joe Biden

1,164

Butiran terperinci mengenai beberapa perintah eksekutif yang dirancang oleh bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam tempoh 10 hari pertamanya di White House, didedahkan oleh media tempatan.

Menurut BBC memetik laporan media AS, Biden akan mengeluarkan arahan untuk membatalkan larangan perjalanan yang dibuat oleh Donald Trump.

Sebelum ini, Trump mengenakan larangan perjalanan terhadap beberapa negara Muslim seperti Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria, and Yemen pada 2017.

Selain itu, Biden turut akan menyertai semula Perjanjian Iklim Paris, yang sebelum ini disifatkan oleh Trump sebagai tidak seiring dengan polisinya yang mengutamakan rakyat Amerika.

Di samping itu, Biden juga dijangka akan memberi tumpuan untuk menyatukan semula keluarga yang terpisah di sempadan AS-Mexico serta mengeluarkan mandat pemakaian topeng muka dan Covid-19.

Biden bakal mengemukakan rang undang-undang imigresen baharu ke Kongres serta menumpukan usaha meluluskan pelan rangsangan berjumlah AS$1.9 trilion bagi membantu pemulihan ekonomi AS daripada Covid-19.

Pentadbiran Biden turut menyasarkan untuk menghantar 100 juta vaksin Covid-19 dalam tempoh 100 hari pertamanya sebagai Presiden selain menyifatkan penghantaran vaksin setakat ini adalah suatu kegagalan.

“Biden akan mengambil tindakan, bukan sahaja memulihkan kerosakan teruk yang dibuat oleh pentadbiran Trump tetapi juga mula menggerakkan negara ini ke hadapan,” kata Ketua Turus White House, Ron Klain menerusi memo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat