Ini Dia Pergerakan Matawang Utama Menjelang Pilihan Raya Presiden AS!

809

Permulaan dagangan awal bulan November memperlihatkan semua matawang utama terus diniagakan berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada hari esok.

Dolar greenback terus mengukuh setelah mengakhiri dagangan Oktober dengan didagangkan lebih tinggi berbanding matawang utama, disokong oleh sentimen yang suram berikutan kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat serta ketidakpastian menjelang pemilihan presiden AS.

Amerika Syarikat mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 99,321 pada hari Jumaat, sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan terhadap prospek pemulihan pertumbuhan di negara itu dan dunia.

Sementara di UK pula, peningkatan berterusan kes Covid-19 telah memaksa Perdana Menteri Boris Johnson untuk mengumumkan penutupan seluruh negara buat kali kedua selama 4 minggu, di mana kesemua perniagaan tidak penting perlu ditutup manakala sesi persekolahan diteruskan.

Namun begitu, harapan bahawa rundingan perdagangan Brexit yang akan diteruskan pada hari ini telah menyokong matawang pound daripada jatuh lebih rendah pada sesi Asia.

Ketidakpastian pilihan raya AS menekan matawang euro untuk terus didagangkan lemah selain turut ditekan oleh jangkaan lebih banyak rangsangan akan diambil oleh Bank Pusat Eropah (ECB) pada mesyuarat polisi seterusnya.

Dalam pada itu, Joe Biden dilaporkan masih mendahului Presiden Donald Trump dalam beberapa tinjauan pilihan raya.

Di sisi lain, dolar Aussie terus didagangkan lemah setelah jatuh ke tahap terendah sejak Julai pada awal pembukaan sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat