Ini Dia Reaksi GOLD Susulan Minit Mesyuarat FOMC!

941

Emas didagangkan stabil pada hari Khamis ketika kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS menyokong logam berharga itu daripada susut lebih rendah berbanding US dolar yang kukuh.

Spot emas didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia, dengan mencatatkan penyusutan di sekitar harga $1,798 per auns.

Dolar greenback menguat di paras tertinggi 3 bulan berbanding pesaing utamanya walaupun hasil bon AS 10 tahun terus berada di tahap terendah sejak Februari di sekitar 1.30% pada sesi Asia.

Harga emas dilihat kurang terkesan susulan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada sesi sebelum ini, yang menunjukkan para pembuat dasar berdebat mengenai bila pelonggaran dalam dasar monetari akan dikurangkan.

Minit FOMC mengatakan bahawa proses pembukaan semula ekonomi tidak rata dan risiko inflasi cenderung untuk meningkat. Bagaimanapun, tekanan inflasi baru-baru ini dilihat banyak dikaitkan dengan gangguan bekalan tetapi ia akan menurun semula.

Secara keseluruhannya, Federal Reserve (Fed) akan menilai lebih lanjut kemajuan dalam pemulihan ekonomi pada masa akan datang dan merasakan kemajuan yang lebih besar dalam pemulihan ekonomi secara umum dilihat belum dipenuhi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat