Ini Elemen Utama Perjanjian Perdagangan Fasa 1 Yang Ditekankan Oleh AS dan China

459

Perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China yang ditandatangani oleh Presiden Donald Trump dan Naib Perdana Menteri Liu He pada Rabu disifatkan sebagai kemenangan bersejarah buat A.S selepas bertahun-tahun berdepan dengan dasar perdagangan yang tidak adil.

Berikut merupakan beberapa elemen utama dalam teks perjanjian yang mengandungi 86 muka surat:

Pembelian Barangan Amerika Syarikat US$200 bilion

China bersetuju untuk membeli barangan dari A.S bernilai US$200 bilion selama dua tahun, termasuk produk pertanian dan makanan laut dengan jumlah US$32 bilion, barangan bernilai US$78 bilion seperti pesawat udara, jentera dan keluli serta import tenaga yang berjumlah US$52 bilion.

Perjanjian itu juga merangkumi peruntukan untuk mengurangkan halangan pengawalseliaan untuk dagangan susu formula, daging lembu, daging babi, makanan laut dan bioteknologi pertanian.

Harta Intelek

China akan membuat beberapa jaminan yang bertujuan untuk mempertingkatkan perlindungan dan penguatkuasaan hak harta intelek dengan mempertingkatkan hukuman untuk jenayah kecurian hak cipta.

Ia juga turut mengandungi beberapa peruntukan untuk mencegah pemalsuan, termasuk ubat palsu dan pelanggaran hak cipta dalam talian.

Pemindahan Teknologi

Perjanjian ini menetapkan bahawa kedua-dua pihak tidak akan memaksa seseorang dari pihak lain untuk memindahkan teknologi yang berkaitan dengan pengambil alihan, usaha sama atau transaksi pelaburan lain.

Perkhidmatan Kewangan

China akan memudahkan bank A.S untuk menanggung jaminan hutang syarikat Cina dan halangan yang lebih rendah untuk memasuki pasaran bagi perkhidmatan pelaburan tertentu.

China juga bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan pembayaran elektronik A.S seperti Mastercard, Visa dan American Express.

Pertukaran Asing

Kedua-dua pihak komited untuk mematuhi prinsip-prinsip Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mengelakkan manipulasi kadar pertukaran dan berusaha untuk mencapai kadar tukaran pasaran yang ditetapkan dan menghalang pemotongan nilai matawang.

Penguatkuasaan

Di bawah teks perjanjian, kedua-dua pihak bersetuju bahawa mereka secara rasmi dibenarkan untuk bersuara atau membuat aduan jika merasakan pihak lain tidak mematuhi terma-terma perjanjian.

Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan, aduan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Sekiranya masih belum mencapai penyelesaian, pihak yang membuat aduan dibenarkan untuk tidak mematuhi salah satu komitmennya di bawah perjanjian tersebut.

Amerika Syarikat dan China tidak akan bertindak balas terhadap tindakan tersebut, tetapi jika pertikaian itu menjadi serius, kedua-dua pihak dibenarkan untuk memberi notis bertulis bagi menarik diri daripada perjanjian itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat