Ini Faktor Kekuatan Untuk Emas Mendaki Semula!

887

Dagangan emas kembali mendaki susulan penyusutan US dolar yang terkesan dengan kesuraman bacaan data ekonomi Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan meningkat di sekitar harga $1,815 per auns, bangkit dari paras terendah yang dicatatkan pada hari Selasa pada $1,798 per auns.

Emas memanfaatkan peluang dari kemerosotan dolar greenback untuk mencatatkan keuntungan selepas data menunjukkan aktviti pembuatan AS menurun pada bulan Disember.

Pelabur secara meluas dilihat mengabaikan berita mengenai penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, lonjakan besar dalam kes harian Covid-19 di Amerika Syarikat yang mencecah angka 1 juta pada hari Isnin, sedikit sebanyak menimbulkan kegelisahan dan memberi sokongan buat logam kuning emas untuk meningkat.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, varian Omicron mewakili 95% daripada semua kes baharu di negara itu.

Berita baiknya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa bukti setakat ini menunjukkan Omicron hanya menyebabkan penyakit yang ringan.

Namun, pegawai kesihatan awam telah memberi amaran bahawa jumlah kes Omicron yang banyak boleh mengancam kapasiti kemasukan ke hospital, dan sekarang sudah ada yang bergelut untuk mengendalikannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat