Ini Faktor Saham Alibaba Canak 6.5% Walaupun Prospek Syarikat Suram

200

‘Ni mesti pelabur ambik untung dulu sebelum terbitan data keputusan yang agak suram.’

Gergasi e-dagang, Alibaba Group Holding Ltd menerajui pecutan keuntungan pada saham teknologi China selepas pelabur difahamkan memposisikan semula diri menjelang laporan keputusan suku tahunan syarikat.

Diperincikan bahawa saham Alibaba mencanak 6.5% untuk mendahului indeks Hang Seng Tech, Hong Kong buat 2 sesi berturut-turut selepas lawatan penuh kontroversi Nancy Pelosi ke Taiwan semalam menggusarkan pasaran.

Ulas Vey-Sern Ling dari Union Bancaire Privee Singapura, lantunan pada sektor teknologi berlaku di pasaran meluas dengan rata-rata pelabur meletak harga dalam risiko semula.

Sungguhpun begitu, saham Alibaba masih lagi menurun 20% setakat tahun ini di Hong Kong dengan prospek syarikat dilihat suram selepas sekatan Covid menjejaskan pertumbuhan suku ke-2 syarikat.

Selain itu, kebimbangan ekonomi yang perlahan, tindakan keras kawal selia serta ketegangan Amerika Syarikat (AS)-China turut menyumbang prospek suram Alibaba.

Rentetan itu, penganalisis menjangkakan jualan bulan April-Jun Alibaba jatuh 0.9% dari tahun sebelumnya yang menandakan penguncupan hasil suku tahunan yang pertama.

Sesetengah penganalisis pula dilihat memberi tumpuan kepada langkah-langkah pengurangan kos dan rancangan perbelanjaan pelaburan dalam keputusan syarikat.

Dalam pada itu, pelabur dilihat mengukur kemampuan perniagaan Alibaba pada suku mendatang selepas China mula melonggarkan sekatan dan dasar pemulihan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat