Ini Faktor Saham Kurier Mula Jadi Kegilaan Pelabur

2,125

Saham syarikat-syarikat perkhidmatan kurier dilihat paling aktif didagangkan pada sesi bursa Malaysia pagi tadi apabila para pelabur positif terhadap langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membekukan semua lesen perkhidmatan kurier baharu selama 2 tahun.

Lapor The Edge, GD Express Carrier Bhd melonjak sebanyak 5 sen atau 13.33% kepada 42.5 sen.

Pada pukul 10.32 pagi, saham syarikat itu berada pada paras 41 sen namun masih melihat menunjukkan peningkatan sebanyak 3.5 sen atau 9.33% berbanding sesi dagangan sebelum ini.

Syarikat itu menyaksikan sebanyak 92.86 juta saham bertukar tangan, menjadikannya kaunter utama kedua paling aktif didagangkan setakat ini.

Nationwide Express Holdings Bhd turut merekodkan kenaikan sebanyak 22.5 sen atau 37.82% kepada 82 sen. Pada pukul 10.34 pagi, sahamnya berada di paras 78.5 sen tetapi masih memperlihatkan lonjakan sebanyak 19 sen atau 31.93%.

Firma terbabit menyaksikan sebanyak 28.48 juta sahamnya didagangkan.

Pergerakan ini dianggap positif bagi pemain pasaran sedia ada kerana persaingan dalam sektor perkhidmatan kurier tidak akan menjadi lebih sengit.

Namun para penganalisis berpendapat bahawa kewujudan banyak syarikat perkhidmatan kurier sedia ada ketika ini akan kekal memberikan margin keuntungan yang rendah meskipun permintaan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat