Ini Faktor Yang Mempengaruhi Dagangan Minyak Pada Awal Minggu

274

Harga minyak bergerak tenang pada permulaan dagangan awal minggu setelah mencatat penurunan pertamanya pada minggu lalu, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat OPEC+ pada hari Khamis.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada $83.45 setong. sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menyusut pada sekitar harga $83.17 setong.

Dagangan komoditi hitam mendapat tekanan selepas China dilaporkan telah mengeluarkan rizab kedua-dua bahan bakar tersebut untuk meningkatkan bekalan pasaran dan menyokong kestabilan harga di beberapa wilayah.

Mesyuarat OPEC+ pada minggu ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang dijangka akan mengekalkan rancangan mereka untuk menambah 400,000 tong sehari pengeluaran pada bulan Disember.

Sehubungan dengan itu, penyusutan harga minyak semasa juga mungkin turut berkait dengan pelabur minyak yang mahu mengambil keuntungan sebelum mesyuarat berlangsung.

Terdahulu pada hujung minggu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengkritik Arab Saudi dan Rusia kerana keengganan mereka untuk meningkatkan pengeluaran walaupun harga minyak meningkat tinggi berikutan kekangan bekalan.

AS dan India sebelum ini pernah bersuara dengan menggesa negara-negara pengeluar utama minyak untuk menambah pengeluaran bagi menstabilkan pasaran minyak, namun OPEC+ enggan kerana masih bimbang dengan ancaman Covid-19 yang boleh menjejaskan permintaan bahan bakar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat