Ini Faktor Yang Mendorong AUD/USD Buat Penurunan Lebih Rendah

342

Minit mesyuarat bank pusat Australia menjadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini untuk pelabur meneliti butiran lebih jelas polisi selanjutnya.

Reserve Bank of Australia (RBA) dilihat akan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah sehingga sasaran inflasi dicapai sementara program pembelian bon akan dipertingkatkan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Hal ini dilihat akan terus memberi tekanan terhadap dagangan dolar Australia dalam pasaran.

Dolar Australia pada sesi Asia pagi ini dilihat menunjukkan penurunan nilai meskipun data ekonomi China diterbitkan pada bacaan yang memberangsangkan.

Kesihatan ekonomi China mempengaruhi Australia ekoran faktor hubungan dagang utama yang turut memberi kesan terhadap ekonomi negara tersebut.

Penganalisis melihat hubungan antara Australia dan China tidak begitu baik dengan beberapa isu yang timbul seperti pengenaan tarif ke atas eksport barli dan akan merujuk perkara tersebut kepada World Trade Organization (WTO).

Malah, Perdana Menteri Australia Scott Morrison memberi respon terhadap spekulasi media China dengan mengatakan bahawa beliau tidak menerima tindakan sekatan import arang batu Australia oleh Beijing.

Semestinya hubungan yang semakin keruh ini akan memberi tekanan terhadap dagangan dolar Australia walaupun sentimen positif pasaran memberi kelebihan terhadap mata wang komoditi itu.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, kenaikan harga pada awal minggu dilihat menguji zon resistance 0.75700 namun seperti penghujung minggu lalu, harga gagal menembusinya.

Harga kembali membuat penurunan semula dan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam semula memberi isyarat trend bearish mungkin bakal bermula.

Penurunan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 0.74800-0.74500 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula ke paras tumpuan 0.74000.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, zon resistance 0.75700 akan diuji sebelum harga terus membuat kenaikan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Jun 2018 lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat