Ini Halangan Terbesar EU Yang Perlu Ditangani Selepas Pasca Brexit!

277

EU semakin dihimpit dengan pelbagai persoalan terutamanya mengenai bajet sumbangan Kesatuan Eropah yang harus dijawab oleh EU setiap tujuh tahun dan kali ini isunya lebih rumit.

UK yang merupakan salah satu penyumbang utama EU kini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan blok tersebut pada 31 Januari yang lepas. Sejak beberapa tahun kebelakangan, UK telah menyumbang sekitar £7.8 bilion kepada EU. Dengan ini jumlah sumbangan yang bakal kehilangan oleh EU adalah sebanyak £55 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Rentetan dari pengunduran UK dari blok EU telah menyebabkan 27 negara berbaki dalam blok EU berhadapan dengan kebuntuan dalam menetapkan jumlah bajet. Dalam mesyuarat pada hari Khamis, para pemimpin blok akan berusaha untuk menyetujui belanjawan yang akan datang, walaubagaimanapun hal itu tidak semudah yang disangka.

Setakat ini jurang kekurangan adalah berjumlah 60 sehingga 75 billion US dolar berikutan Brexit, dan hal ini akan menyebabkan negara-negara anggota EU bakal barhadapan dengan keadaan belanjawan yang ketat.

Belanjawan EU adalah belanjawan yang akan digunakan untuk membiayai dasar-dasar di seluruh blok tersebut bermula dari pembangunan luar bandar, keselamatan dan sehingga kepada hak asasi manusia. Namun kekangan pada ketika ini adalah tentang berapa peruntukan yang harus diperuntukan berdasarkan matlamat-matlamat dasar yang telah ditetapkan.

Setakat ini sebanyak 15 negara EU telah mengusulkan bantahan bahawa mereka tidak mengkhendaki peruntukan bajet yang kecil, antara negara yang terbabit ialah Portugal, Poland, Sepanyol dan Greece. Sebaliknya negara-negara seperti Austria, Denmark, Sweden dan Belanda percaya bahawa EU harus mengurangkan belanjwannya dan memperuntukan lebih banyak pembiayaan di  bidang dasar-dasar baru, seperti teknologi dan perubahan iklim.

Dalam wawancara eksklusif dengan CNBC, Johannes Hahn merupakan pesuruhjaya yang ditugaskan untuk bajet dan pentadbiran, memberitahu CNBC bahawa EU sudah “terlambat” dalam proses ini. Tambah Hahn juga,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan kesepakatan ini, jika terdapat kelewatan lagi, ia akan memberi kesan pada program yang telah direncanakan dengan merujuk kepada projek-projek EU yang ditetapkan untuk menerima pendanaan menjelang akhir tahun ini.

Disisi lain beberapa penganalisis memberi amaran bahawa sebarang tindakan yang membawa kepada kerugian dalam rundingan dapat mengakibat sentimen anti-EU dalam negara-negara eropah.

Pemimpin Eropah memerlukan konsensus untuk meluluskan pelan perbelanjaan tujuh tahun yang akan datang. Setelah hal tersebut dicapai, belanjawan harus melalui pembahasan oleh penggubal undang-undang Eropah melalui undian majoriti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat