Ini Impak Tweet Donald Trump Terhadap Pasaran Saham Pada Awal Bulan Ini!

922

Ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China semakin memuncak selepas seketika meredup. Semuanya bermula dari 1 tweet Trump pada 5 Mei apabila Presiden Donald Trump mengancam untuk menaikkan kadar tarif terhadap China daripada 10% kepada 25%. Kemudian Trump menambahkan lagi tekanan terhadap China untuk mencapai kesepakatan rundingan dengan mengumumkan kenaikan tarif terhadap barangan China bernilai $200 bilion dan mensasarkan tambahan beberapa ratus bilion lagi untuk kenaikan seterusnya.

Satu pengumuman melalui akaun media sosial Twitter beliau ini sahaja telah mengubah intonasi sebelum ini yang merujuk kepada perkembangan positif terhadap rundingan dagang bersama Presiden China, Xi Jinping.

Ini antara fakta ringkas, impak yang telah berlaku dalam pasaran saham hasil dari Tweet Trump pada awal bulan Mei.

1) Bursa Saham Nasdaq jatuh 7.6% daripada bacaan 3 Mei. Kebanyakkan saham bagi bursa Nasdaq mengalami kejatuhan sehingga 10% bahkan lebih.

2) Bursa saham S&P 500 didagangkan di paras MA-200 hari dan hal yang sama berlaku dalam bursa Dow Jones.

3) Hasil Bon meningkat 4.4% berbanding bacaan pada Mei 3 (Jumaat).

4) Indeks Russell 2000 yang mewakili 2000 syarikat tersenarai terkecil di Amerika Syarikat yang dijangkakan akan kurang terdedah terhadap perang dagang turut mengalami kesan apabila Indeks Russell 2000 jatuh hampir 7.7%. Hal yang sama turut dihadapi oleh Indeks Stoxx Europe 600 apabila jatuh 10.5%. Di Asia, Indeks Shanghai Komposit jatuh 5.3%, dalam masa yang sama indeks CSI 300 jatuh 6.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat