Ini Info Mengenai Inflasi

292

Apa itu inflasi? Anda yang selalu membaca berita atau artikel di INTRADAY mesti selalu menjumpai perkataan inflasi bukan?

Tetapi ramai yang masih belum memahami apabila menyebut berkenaan inflasi.

Apa itu inflasi sebenarnya? Inflasi adalah kenaikan harga barangan atau perkhidmatan dalam ekonomi dari masa ke semasa.

Anda masih ingat, suatu ketika dahulu harga secawan teh ais adalah sekitar RM0.70 dan RM0.80? Sekarang harga secawan teh ais adalah RM2. Harga itu adalah normal bagi kita ketika ini.

Erti kata lainnya, inflasi juga menunjukkan penurunan kepada kuasa beli pengguna.

Contohnya, kita ada RM2, harga sebatang pen ialah RM1. Jadi kita boleh membeli dua batang pen.

Apabila kenaikan harga berlaku, harga pen menjadi RM2 dan kita hanya mampu membeli sebatang pen sahaja. Maknanya kuasa beli kita sebagai pengguna sudah berkurangan.

Antara faktor yang menyebabkan inflasi adalah ketika permintaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan melebihi kapasiti yang boleh dihasilkan oleh ekonomi sesebuah negara.

Apabila permintaan meningkat, harga barangan juga akan melonjak. Situasi ini dikenali sebagai ‘demand-pull effect’.

Selain itu, kos pembuatan yang semakin meningkat turut menyumbang kepada inflasi. Contohnya, pertambahan pekerja kilang menyebabkan majikan terpaksa mengeluarkan kos upah yang lebih banyak atau kos bahan mentah naik.

Faktor-faktor itu akan menyebabkan kos pembuatan menjadi tinggi dan sekali gus mengakibatkan harga barangan turut meningkat. Situasi ini pula digelar sebagai ‘cost-push inflation’.

Dalam kalendar ekonomi seperti yang anda lihat di laman web intraday.my atau forexfactory, data yang menjadi petunjuk kepada inflasi adalah Indeks Harga Pengguna (IHP) atau consumer price index (CPI).

Data CPI turut menjadi panduan bank pusat untuk mengukur kesihatan ekonomi semasa. Data ini juga penting untuk rujukan bank pusat dalam menetapkan dasar monetari kerana bank pusat sudah menetapkan paras inflasi dalam mengekalkan kestabilan ekonomi negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat