Ini Isu Utama Yang Akan Terjadi Dalam Pasaran FX Hari Ini

453

US dolar terus didagangkan susut berbanding pesaingnya, terutama matawang Eropah berikutan jangkaan bahawa kadar faedah AS akan tetap rendah terus menekan dagangan greenback.

Laporan minit mesyuarat terakhir Federal Reserve (Fed) yang dijadualkan pada hari Khamis dijangka akan memperlihatkan bahawa pembuat dasar berpendapat kenaikan kadar faedah masih jauh.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan lemah pada 89.80.

Pelabur juga akan meneliti data inflasi UK dan Zon Eropah yang bakal diterbitkan pada hari ini untuk menilai sampai bila ekonomi utama akan melaksanakan dasar monetari mereka yang sangat longgar.

Susulan lebih banyak pelonggaran langkah sekatan coronavirus dilaksanakan di UK berikutan pelancaran vaksinasi yang memberangsangkan, matawang pound melonjak ke tahap tertinggi sejak Februari.

Sementara itu, euro kekal diniagakan stabil di sekitar paras tertinggi hampir 3 bulan berbanding US dolar menjelang keluaran data inflasi Eropah yang dijangka tidak berubah dari anggaran awal sebelum ini.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand sedikit berubah selepas meningkat tinggi pada sesi sebelum ini, di tengah-tengah ketiadaan pemangkin dari data ekonomi untuk memacu pergerakan matawang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat