Ini Isu Yang Menjadi Perhatian Buat Trader GBP Di Sesi Eropah

485

Matawang pound kekal didagangkan stabil di sekitar paras tertinggi enam minggu yang dicapainya pada sesi dagangan sebelum ini susulan laporan bahawa rundingan perdagangan Brexit akan disambung semula.

Sterling melonjak pada Rabu setelah ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier menyatakan kesepakatan antara EU dan UK akan dapat dicapai sebelum didorong lebih tinggi oleh laporan mengenai perbincangan akan diteruskan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak dijangka akan mengumumkan pelan rangsangan keempat beliau dalam usaha untuk menyokong pekerjaan dan perniagaan yang terus menerima tekanan daripada perlaksanaan sekatan baru di negara itu.

Kesatuan sekerja dan 5 organisasi majikan besar UK telah dipanggil ke Perbendaharaan pada pagi Khamis untuk mendengar perincian mengenai rancangan tersebut sebelum beliau membuat kenyataan kepada anggota Parlimen.

Sunak juga dilaporkan akan memberitahu House of Commons bahawa prospek ekonomi semakin suram kerana semakin banyak negara menghadapi sekatan yang lebih ketat untuk membendung penularan pandemik Covid -19.

Di samping itu, dolar greenback sedikit meningkat dari paras terendah 7 minggu berbanding kebanyakan matawang utama berikutan kewaspadaan pelabur mengenai rundingan rangsangan AS mengurangkan pegangan terhadap aset berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat