Ini Isu Yang Menjadi Tumpuan Pada Dagangan Awal Minggu

557

US dolar didagangkan stabil pada pembukaan awal minggu setelah ditutup lemah pada Jumaat walaupun diperlihatkan dengan bacaan data inflasi AS yang lebih baik daripada jangkaan pada bulan Ogos.

Indeks harga pengguna (CPI) dilaporkan meningkat 0.4%, melebihi jangkaan untuk kenaikan 0.3%. Namun, susut dari 0.6% yang direkodkan pada Julai. Pada asas tahunan inflasi teras meningkat pada 1.7% daripada 1.6%.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan tidak berubah pada 93.23. (9.40 pagi waktu Malaysia)

Sementara itu, laporan mengenai percubaan vaksin coronavirus oleh AstraZeneca akan diteruskan semula setelah menghentikannya pada minggu lalu sedikit sebanyak telah membantu mengangkat keyakinan pelabur pada pembukaan sesi dagangan awal minggu.

Dolar Aussie didagangkan dengan peningkatan yang agak terbatas berikutan kemelut antara Amerika Syarikat dan China yang masih lagi meningkat susulan tindakan balas Beijing terhadap sekatan baru AS ke atas diplomat China.

Sementara itu, dolar kiwi pula kekal didagangkan positif walaupun selepas Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan melanjutkan lagi sekatan coronavirus di Auckland sehingga 21 September, di mana sekatan akan diturunkan ke tahap 1 pada hari tersebut.

Mengikuti perkembangan di Eropah, rundingan Brexit pada minggu lepas malangnya berakhir tanpa kemajuan, dengan perbezaan kekal menjadi penghalang utama kepada kesepakatan dua pihak.

Kebimbangan mengenai Kesatuan Eropah (EU) yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika UK mengubah Perjanjian Pengunduran Brexit terus meletakkan dagangan pound sterling di bawah tekanan.

Selain itu, euro diniagakan berhati-hati berikutan amaran para pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) yang masih tidak berpuas hati dengan inflasi yang rendah dan prihatin terhadap risiko matawang euro yang menguat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat