Ini Jadi Pada Emas Susulan Kenyataan Powell!

3,937

Harga emas susut lebih rendah selepas terkesan dengan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang memberi indikasi mengenai pengurangan pembelian asetnya akan dipercepatkan.

Pada sesi dagangan Asia, logam kuning itu diniagakan pada harga $1,777 per auns, gagal mengekalkan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini di atas paras harga $1,800 per auns.

Sementara itu, niaga hadapan emas pula didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $1,778 per auns.

Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada sesi New York, Powell memberitahu bahawa penurunan kadar pembelian bon bulanan boleh bergerak lebih cepat daripada jadual asal untuk pengurangan $15 bilion sebulan yang diumumkan bulan ini.

Powell juga menghentikan perkataan ‘sementara’ terhadap inflasi, menandakan kebimbangannya ke atas tekanan harga yang semakin tinggi.

Pelabur kini optimis bahawa kadar faedah akan dinaikkan lebih cepat daripada dijangkakan, seiring dengan penamatan program pembelian bon lebih awal.

Susulan itu, US dolar melonjak tinggi dan mendorong dagangan logam berharga emas lebih rendah.

Emas biasanya digunakan sebagai lindung nilai kepada inflasi, tetapi kenaikan kadar faedah menyebabkan peningkatan kos peluang untuk memegang emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat